ABM DAN REPLIKA 'MEMORY STICK'
Alat bantu
mengajar adalah sangat penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran di
sekolah. Hal ini kerana ia merupakan suatu kaedah pengajaran dan pendekatan
yang amat berkesan bagi pelajar dalam menjalani proses pembelajaran (Azman, M. N. A., et al. 2014). Namun begitu, alat bantu
mengajar yang digunakan oleh guru haruslah sesuai dengan tajuk dan topik yang
ingin dipelajari oleh murid. Hal ini kerana walaupun guru menggunakan ABM yang
canggih tetapi tidak sesuai dengan topik yang ingin dibincangkan, proses
pembelajaran akan terbantut dan tidak dapat mencapai objektif sebenar
penggunaan ABM terhadap murid.
Alat Bantu mengajar yang direka dan dicipta oleh
saya adalah memory stick. Memory stick ini adalah suatu alat yang sangat sesuai
kerana ia bertujuan supaya pelajar dapat memahami dan mengingati rukun Islam
dengan lebih cepat pada masa yang singkat. Hal ini kerana memory stick yang
direka ini disertakan dengan gambar rajah dan imej yang dapat membantu
merangsang otak pelajar untuk menyimpan memori dengan lebih cepat.
Berikut merupakan cara penggunaan ABM sewaktu di dalam kelas:
Comments
Post a Comment